Saturday 12 May 2012

bila aku fikir balik,,,x nak aku kahwin sebelum kerja,,,,
aku mana ada duit,,,,,,nk buat persediaan itulah inilah,,,
pening aku....
buat apa aku nk menyusahkan semua orang,,,
aku patut dengar cakap mak,,,dengar ape yg ayah ckap,,,dgr ckp kak aku,,,
sedih la bila fikirkan semua ni,,,,,

         kahwin ni bukan perkara main-main.....kalau jiwa aku kacau mcm ni,,,entah macam maner la nk 
         jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri,,,awakkk,,,saya minta maaf,,saya x nak kawin lagi,,,harap awak faham,,,,,kalau betul nak kawen dgn saya,,tnggu saya dh kerja,,,x der la sampai saya nk mnyusahkan awak mcm nie,,,,saya x puas hati tau,,lain awak cakap,,lain yang awak nak,,,,

saya paling x suka kalau orang 2 b'jnji p x boleh nk tunaikan,,
keadaan awak same lah mcm yang sy ckpkan ni,,,,walaupun awak x berjanji,,
p awak pernah cakap,,,skarang ni awak buat2 lupa,,,,,

* saya x nak kahwin,,,,,********

Thursday 24 November 2011

BiDanG kEgUruan : AnTaRA pROfESSion dan ProFeSsiONaL

Bangsa yang maju adalah bangsa yang berkualiti pendidikannya. Hal ini kerana pendidikan merupakan kayu ukur bagi menentu kepada kemajuan serta kualiti sesebuah bangsa dan Negara. Kerana pendidikan merupakan sesuatu yang sangat vital bagi pembentukan karakter sebuah peradaban dan kemajuan yang mengiringinya. Kerana itu, tanpa pendidikan yang mencukupi dan sempurna, masyarakat akan kebelakang dan kurang mendapat tempat dalam kemodenan serta kemajuan di dunia.


TeNanG Yg Di CaRi

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.
Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelma. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!
Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!
Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat.  Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?
CARILAH HATI YANG SEJAHTERA
Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah 'syurga dunia' sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.
Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.
Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.
Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.
IMAN MAMPU MENAMPUNG KEKURANGAN
Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan manusia. Jika keenam-enam perkara itu stabil maka stabillah seluruh kehidupan. Perkara-perkara itu adalah kesihatan, kewangan, kerjaya, ilmu pengetahuan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil, maka kehidupan juga akan stabil.
Sungguhpun begitu, dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar untuk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu. Jarang benar ada orang yang dapat mencapai semuanya.  Ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu. Ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama anggota masyarakat.
Begitulah lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya. Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan dalam hidup? Jawabnya, kuatkanlah iman. Ini kerana iman akan dapat menampung kekurangan dalam perkara-perkara yang lain. Jika seorang itu miskin, sakit, berpangkat rendah dan lain-lain kekurangan maka iman akan menampung kekurangan-kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.
Namun, tanpa iman segala kelebihan yang dimiliki akan tidak berguna. Tanpa iman, sikaya akan tamak dan tidak akan merasa cukup dengan kekayaannya, yang berkuasa akan menindas dan menzalimi, yang sihat akan lupa diri dan membuat kejahatan, yang banyak ilmu akan angkuh dan menghina orang lain.
Semua ini akan mengundang kebencian, ketidak puas hatian, kemarahan, kedengkian sesama manusia yang akhirnya akan menimbulkan krisis antara yang simiskin dengan yang sikaya, yang berkuasa dengan rakyat jelata, buruh dengan majikan dan lain-lain. Tegasnya, kualiti jiwa yang rendah (tanpa iman) itulah yang mencetuskan kemusnahan dalam hidup manusia. Dan untuk mengatasinya, tidak ada jalan lain kecuali dengan meningkatkan kualiti hati!

Saturday 8 October 2011

mAafKan SAYA...

maafkan sy w.is,,,,
sy telah banyak melukakan hati awk,,
sy tidak memahami jiwa awk,,perasaan awk,,,
sy tidak memahami kesakitan awk,,,
sy tidak merasai apa yang awk rasa,,,
sy bukanlah seorang yg sbar,,,
sdg kn awk sjuta kali lbh sbar dari sy,,,
sy tau awk berusaha sbaik mungkin untuk mnjaga sy,,,
dalam hati sy,,sy syg awk ,,,
lbh drp  sy syg  ex- sy yang dahulu,,,
KERANA awk..
awk lah pendorong  kedua sy,,,
selepas mk nga ayah,,,
awk la yg buat sy mnjadi lbh matang ,,,
awk bnyak memberikan sy nshat,,,,
wlaupun sy tidak suka mndengar nshat ,,,,
TETAPI 
Semalam,,awk skit,,,,,
sy msh tidak memahami keadaan awk lg,,,
sy msh lg berperangai seperti budak2,,,
sy mrh awk,,,
sdgkan sy spatutnye mnghormati dri awk,,,
Ini kerana awk bkal mnjadi suami sy,,,,
BUKAN 
niat sy ,,,
sy inginkan perhatian dri awk,,,
hari-hari sy nk awk  lyn sy,,,
hai-hari sy nk awk msg sy,,,
sy nk awk sntiasa rndukan sy,,,
dan sy akan sntiasa rndukan awk,,
smestinya sy rndu awk sgt2,,
sy harap awk cpat smbuh,,,
jgn lupe mkn ubat,,,
i miss u so much,,,,
jge kshatan,,
sy akan cbe mnghormati awk ,,,
sy akn sntiasa mengingati awk,,
akhir skali,,
sy  akn cbe beri awk ksh syg  scukupnya,,,
maafkan sy,,,,
luv u,,,

Saturday 24 September 2011

HaNya ALLAH yg Tahu Hati INi...........

'' Hanya Allah Yang Tahu perasaan ini apabila dituduh merampas kekasih orang..Ya Allah andainya aku tahu tunang ku itu kekasih orang sudah tentu aku tidak akan meneruskan pertunangan ini..aku rela memutuskan ikatan yang terjalin ini demi kebahagiaan orang lain. Aku tidak suka mengambil hak org lain...Mengapa manusia sekarang ini suka mengada2kan cerita yang sbnarnya tidak betul..Betapa berat dugaan yang dtg setelah aku bertunang.,,Alhamdulillah,,aku bersyukur sangat2 sebab mempunyai tunang yang betul-betul berfikiran positif..yang berusaha untuk memberitahu keadaan yang sebenar..Hanya AKU dan ALLAH sahaja yang tahu ape yang sebenarnya berlaku...
         Dan  aku benar-benar mengharapkan ikatan pertunangan ini sampai ke jenjang pelamin dan seterusnya    
         kekal ke akhir hayat. InsyALLA...
AMINNN...


Friday 16 September 2011

2 hb 9 2011,,,tEmeteraiNya 1 Ikatan PetunaNgan Antara Aku dan Mr.W

     Tarikh 2.9.2011...satu ikatan pertunangan antara aku dan mr.w....heeee,,,akhirnya aku telah menjadi tunangan orang...mcm2 perasaan ble da jdk tunang org ni..tkut la,mlu la,,,ape2 pom,,,moga2 berkekalan hendaknya,,,,huuuuu